• 5 months ago
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan dakwaan kebocoran data peribadi yang tular di media sosial adalah berpunca daripada insiden lama sebelum 2022 dan tidak melibatkan mana-mana platform semasa, sambil menegaskan tindakan undang-undang serta siasatan forensik sedang dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dakwaan kebocoran data peribadi yang tular di media sosial adalah berkaitan insiden lama sebelum tahun 2022 dan tidak melibatkan platform
00:07semasa.
00:08Majlis Keselamatan Negara MKN menegaskan tindakan undang-undang serta siasatan saiber kini sedang diambil bagi menangani isu tersebut.
00:17Menerusi kenyataan MKN, menerusi Agensi Keselamatan Saiber Negara Naksa memaklumkan maklumat tersebut dipercayai berpunca daripada aktiviti pencerobohan sistem sebelum 2022.
00:30dan kini disebarkan semula secara tidak sah.
00:34Naksa menegaskan penyebaran maklumat peribadi yang diperoleh secara tidak sah adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia walaupun melibatkan pelayan
00:42luar negara.
00:43Pihak berkuasa turut bertindak dengan MyNIC dan Jabatan Perlindungan Data Pribadi bagi menurunkan serta menyekat laman web yang terlibat.
00:54Polis di Raja Malaysia turut menjalankan siasatan forensik digital bagi mengenalpasti pihak yang terlibat.

Recommended