• 5 months ago
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang pertambahan sokongan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah sesuatu yang dialu-alukan, namun keputusan sebenar hanya akan ditentukan menerusi peti undi pada 11 Julai ini.

Mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa undi boleh diberikan kepada BN di kawasan yang tidak ditandingi parti itu, Zahid berkata, beliau tidak mahu mencampuri pendekatan parti berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebelum itu di pengerang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang pertambahan sokongan kepada gabungan itu pada pilihan raya negeri
00:08Johor kali ini adalah sesuatu yang dialu-alukan.
00:12Tetapi keputusan sebenarnya ditentukan menerusi peti undi. Beliau juga tidak mahu mencampuri keputusan PAS supaya penyokong mengundi calon BN di
00:23kawasan yang tidak ditandingi PAS.
00:25Itu adalah pendekatan mereka. Kita bergerak secara profesional. Kita memberikan tumpuan kepada calon-calon kita dan tentunya jika ada tokongan
00:41tambahan itu adalah lebih baik.
00:43Dan kita mahu melihat bahawa pencapaiannya dari apa yang akan kita lihat pada 11 hari bulan nanti bila peti-peti
00:58undi itu adalah bukti nyata sama ada apa yang mereka telah katakan itu benar atau sebaliknya.
01:08Terima kasih.

Recommended