00:00Kelompok kecil cip kecedasan buatan AI H200 keluaran Nvidia dilaporkan telah memasuki China melalui penghantaran terhad kepada beberapa syarikat teknologi
00:10utama negara itu.
00:12Laporan itu muncul di tengah persaingan teknologi yang semakin sengit antara China dan Amerika Syarikat.
00:18Akhbar Financial Times melaporkan bahawa syarikat teknologi China, ByteDance dan Tencent masing-masing telah menerima kira-kira 10,000 pemproses
00:26H200 dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
00:30Laporan itu turut menyatakan beberapa syarikat teknologi China yang lain dijangka menerima penghantaran serupa dalam masa terdekat.
00:36Walaupun pihak berkuasa Amerika Syarikat membenarkan pembelian sehingga 100,000 cip H200 bagi setiap syarikat terlibat, Beijing dilaporkan mahu perkakasan
00:45tersebut ditempatkan di luar tanah besar China.
00:48Langkah itu bertujuan menyokong pembangunan industri semikodak tertempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.
00:55Pihak berkuasa China dilaporkan membenarkan syarikat terlibat menghantar dan menggunakan cip berkenaan di Hong Kong yang beroperasi di luar sepadan
01:02kastam tanah besar China.
01:04Bulan lalu seorang pegawai kanan Amerika Syarikat memaklumkan kepada Kongres bahawa sejumlah kecil cip H200 NVIDIA telah dihantar ke China.
01:12Setakat ini NVIDIA belum memberikan sebarang komen berhubung laporan tersebut manakala Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas.