00:00Majikan perlu melihat pengekalan pekerja sebagai keutamaan, terutama apabila perbezaan tawaran gaji antara syarikat berpotensi mewujudkan persaingan lebih sengit dalam
00:11pasaran pekerjaan.
00:12Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Abzan Nizam Abdul Rashid berkata, pengecualian kenaikan gaji bagi syarikat dengan perolehan
00:20di bawah RM50 juta mungkin memberi kelegaan dari segi kos operasi.
00:25Namun, pada masa sama boleh mendorong pekerja mencari peluang lebih baik di syarikat lain.
00:31Jadi, majikan pula tak boleh berdiam dan berpeluk-tubuh sahaja perlu membuat satu perkara supaya para pekerjanya akan dapat dikekalkan,
00:40dapat retain, retention of talent lah kan.
00:43Jadi, maksudnya, pakej yang ditawarkan kepada para pekerja itu tak boleh mungkin sekadar gaji semata-mata mungkin dari segi kenakan
00:50pangkat, bonus, dari segi coverage, kesihatan dan sebagainya
00:56yang akan menyebabkan pekerja itu akan kekal cenderung untuk kekal dengan mereka lah.
01:01Di samping itu, katanya, usaha meningkatkan pendapatan pekerja perlu diseimbangkan dengan sokongan kepada syarikat bagi memastikan pertumbuhan gaji dapat bergerak
01:10seiring dengan peningkatan produktiviti dan keuntungan perniagaan.
01:14Insentif seperti pengurangan cukai kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana, PMKS, serta allowance pelaburan dilihat penting untuk membantu firma mengembangkan
01:25operasi dan meningkatkan daya saing.
01:27Menerusi elan pelaburan, syarikat yang membuat pelaburan dalam misi dan peralatan yang layak boleh menikmati pelepasan tertentu bagi mengurangkan beban
01:35cukai.
01:36Menerusi pembentangan belanjawan 2027, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuatkuasa Jun 2027
01:49yang dijangka memanfaatkan lebih 4 juta pekerja di seluruh negara.
01:57MKS