Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Anthony Loke berkata, langkah itu bertujuan menarik semula syarikat perkapalan mendaftarkan kapal mereka di Malaysia serta menggalakkan pelaburan dalam aset perkapalan tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelanjutan pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun bagi syarikat perkapalan Malaysia dijangka memberikan jaminan kepada industri untuk meningkatkan pelaburan serta
00:09menambah kapal berdaftar di bawah bendera negara.
00:13Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata insentif itu dilanjutkan bagi tempoh 2027 hingga 2036. Sekaligus membolehkan syarikat perkapalan merancang pelaburan jangka
00:23panjang tanpa perlu memohon semula pengecualian cukai setiap 2 tahun.
00:30Sebelum ini, pengecualian cukai pendapatan untuk syarikat perkapalan perlu dipohon setiap 2 tahun. Setiap 2 tahun mereka tak ada kepastian.
00:40Mereka nak setiap 2 tahun kembali ke Kementerian Keuangan untuk pohon.
00:44Jadi banyak syarikat perkapalan, mereka tidak ada satu ketentuan dan tidak ada satu keyakinan untuk melabur untuk satu jangka panjang,
00:52membeli kapal dan sebagainya. Ataupun meletakkan kapal mereka di bawah Malaysian Flag ataupun bendera Malaysia.
01:00Maka ini menyebabkan syarikat-syarikat perkapalan tidak mendaftarkan kapal mereka di Malaysia. Mereka mendaftarkan di tempat lain yang menawarkan insentif
01:11cukai yang lebih baik. Termasuk di negara jiran kita dan sebagainya.
01:17Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemilik Kapal Malaysia, Mohamad Sahwan Osman menyifatkan pelanjutan pengecualian cukai itu sebagai perkembangan penting yang dinantikan
01:28industri selama lebih 12 tahun.
01:32Ekonomi Malaysia ini amat besar dan perkapalan adalah satu industri yang besar sebenarnya di Malaysia dan yang tidak eloknya negatifnya
01:44adalah kebanyakan kago-kago kita, kago-kago strategik di Malaysia ini masih dibawa oleh kapal-kapal bendera asing.
01:51Seperti minyak kelapa sawit, minyak dan gas dan juga arang batu yang kita import untuk generate our electricity masih lagi
01:58kapal-kapal bendera asing.
02:00Dengan pengecualian cukai ini, kami amat yakin bahawa ahli-ahli kami, pemilik-pemilik kapal Malaysia akan terus membina dan menambah
02:10kapal-kapal bendera Malaysia supaya dapat menambah baik ekonomi Malaysia dan membawa kago-kago strategik Malaysia yang saya sebutkan tadi.
02:20Selain itu, kerajaan turut menetapkan kadal duti stem RM2,000 bagi pembiayaan pembelian atau pembinaan kapal bernilai sehingga RM100 juta,
02:31manakala pembiayaan melebihi RM100 juta dikenakan duti stem RM5,000.

Recommended