00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pendekatan kerajaan terhadap industri perfilman negara lebih terbuka dan lunak
00:06termasuk dalam proses kelulusan karya bagi memastikan kreativiti penggiat seni tidak dibelenggu sekatan berlebihan.
00:14Beliau berkata industri film memerlukan ruang lebih luas untuk berkembang sebagai sektor kreatif yang kompetitif.
00:21Namun, keterbukaan itu perlu seiring usaha mempertahankan budaya, ahlak dan nilai masyarakat.
00:28Tidak bermakna kita harus ikut acuan barat, tetapi acuan timur itu tidak semestinya aliran neokonservatif.
00:40Aliran timur itu harus kekal dengan budaya, dengan nilai, dengan akhlak tetapi harus lebih terbuka.
00:47Kerana kalau agak terlalu tertekan dan tertutup, saya bimbang industri seni negara, khususnya film, tidak akan berkembang.
01:00Ini yang saya nak tekankan dan saya bagi pihak kerajaan ingin menjamin supaya harus ada ruang perbincangan lebih terbuka dan
01:11kita akan tentukan supaya ruang harus diberikan lebih terbuka.
01:18Supaya penggiat seni tidak rasa terlalu tertekan dan terkokong.
01:25Tanya lima kali sama ada adegan ini atau babak ini boleh diluluskan atau tidak.
01:30Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Menara Finas Damansara di Petaling Jaya pada Isnin.
01:38Katanya lagi, Malaysia juga perlu menerima perubahan teknologi termasuk animasi, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan.
01:45Namun pada masa sama, memastikan industri kreatif terus berakar pada bahasa, budaya, jati diri dan identiti negara.
Comments