• 3 months ago
Seorang lelaki warga Thailand ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung siri serangan terancang di 51 lokasi di tiga wilayah selatan Thailand pada malam Sabtu.
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Thailand ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung siri serangan terancang di 51 lokasi di tiga wilayah selatan
00:08Thailand pada malam Sabtu.
00:10Ketua Polis Naratiwat, Major General Prayong Kotsaka berkata,
00:15lelaki itu ditahan untuk disoal siasat selepas pihak berkuasa Thailand mengenalpasti suspek menerusi rakaman kamera lita tertutup CCTV yang dipasang
00:24di Naratiwat.
00:30Di fahamkan lelaki terbabit ditahan selepas rakaman CCTV didakwa menunjukkan dia memecahkan kamera keselamatan di daerah Cho Airong.
00:38Bagaimanapun, suspek menafikan terbabit dalam kejadian berkenaan walaupun terdapat rakaman berhubung perbuatannya.
00:45Prayong berkata rakyat Malaysia, khususnya penduduk Kelantan, tidak perlu bimbang susulan kejadian itu kerana pihak berkuasa Thailand sudah meningkatkan kawalan
00:53keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
00:56Pelancong boleh melakukan perjalanan ke selatan Thailand seperti biasa dan pihak polis memastikan keselamatan mereka.
01:03Beliau berkata sasaran utama serangan terbabit bukan orang awam, sebaliknya anggota keselamatan.
01:09Sementara itu, pasukan forensik Thailand yang menjalankan pemeriksaan di landasan kereta api yang rosak akibat letupan bom antara stesen Marwebo
01:17dan Tanyong Mat menemukan tiga alat letupan buatan sendiri IED di lokasi kejadian.
01:22Satu daripada alat berkenaan merosakkan landasan kereta api, manakala dua lagi ditemukan berhampiran tiang elektrik.
01:30Terima kasih telah menonton!
01:31Terima kasih telah menonton!
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended