Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Polis menahan sembilan lelaki warga Bangladesh di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang selepas gagal mengemukakan pasport serta dokumen perjalanan yang sah. Kes disiasat mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan 9 warga Bangladesh selepas gagal mengemukakan pasport dan dokumen perjalanan yang sah di Jalan Kuala Lipis, Gua Musang
00:07pada Isnin.
00:08Ketua Polis Teerah Gua Musang, Superintenden Sik Chun Fu berkata,
00:13kesemua lelaki terbabit ditahan selepas kenderaan Pro 2 Alza berwarna putih yang dinaiki mereka didapati dalam keadaan yang mencurigakan.
00:21Jelasnya mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bertam kira-kira 11.30 pagi.
00:27Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ke semua individu berusia antara 20 hingga 30 tahun itu gagal mengemukakan pasport atau dokumen perjalanan
00:36sah bagi membuktikan kebenaran mereka memasuki Malaysia.
00:41Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 55I, Seksyen 6, Kurungan 1, Kurungan C dan Seksyen 15, Kurungan 1, Kurungan
00:49C Akta Imigresen 1959-63 Akta 155.
00:54Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenalpasti status imigresen ke semua individu berkenaan dan menyiasat penglibatan pihak lain yang terlibat dalam
01:03kegiatan terbabit.

Recommended