Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Lima individu dilaporkan hilang selepas banjir kilat yang melanda daerah Gorkha dan Dhading di tengah Nepal pada pagi Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lima individu dilaporkan hilang selepas banjir kilat yang melanda daerah Gorkha dan Dading di tengah Nepal pada pagi Ahad.
00:08Bencana itu berlaku apabila sungai Budi Gankadaki melimpah secara mendadak menyebabkan 65 rumah dihanyutkan arus deras.
00:19Menurut pihak polis Nepal, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.
00:26Banjir itu dipercayai berpunca daripada tanah runtuh di kawasan Cumanubri yang menyekat aliran sungai sebelum sekatan itu pecah.
00:35Kejadian turut memusnahkan dua jambatan kenderaan dan dua jambatan gantung menjejaskan hubungan penduduk setempat.
00:44Tentera Nepal memaklumkan seramai 36 penduduk berjaya dipindahkan menggunakan helikopter.
00:49Usaha menyelamat dan penilaian kerosakan sedang dijalankan.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended