Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Seorang lelaki tanpa identiti ditemukan maut berhampiran pencawang TNB di FELDA Adela dan disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel elektrik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis mengklasifikasikan kes penemuan jasad seorang lelaki tanpa identiti berhampiran rumah pencawang tenaga nasional berhad TNB di kilometer 21 Felda
00:10Adela, Kota Tinggi pada Isnin sebagai laporan mati mengejut.
00:13Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusuf Otman, pihak polis menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 6
00:23.46 pagi sebelum mengatur gerak pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.
00:30Pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring kira-kira 1 meter dari rumah pencawang TNB dan 20 meter
00:37dari jalan utama Felda Adela menghala ke Sungai Rengit.
00:42Siasatan pada tubuh si mati tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri atau tanda-tanda kecederaan yang menunjukkan berlaku unsur keganasan.
00:50Bagaimanapun, polis menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti memotong dan mencuri kabel elektrik.
00:57Antaranya termasuk mesin canai tanpa kot, cangkul kecil, tukul besi, perengkuh paip dan lampu suluh kepala.
01:07Menurut Yusuf, berdasarkan pemeriksaan awal di lokasi, si mati disyaki meninggal dunia ketika cuba melakukan kegiatan mencuri kabel elektrik.
01:15Jasad mangsa telah dipindahkan ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat dan mengenalpasti punca sebenar kematian.
01:24Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian dibinta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
01:31Terima kasih telah menonton!

Recommended