• 4 weeks ago
Sekurang-kurangnya 53 terbunuh dan 200 cedera selepas serangan Houthi menyasarkan kem latihan pasukan keselamatan kerajaan Yaman di Shabwa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh, manakala 200 lagi cedera dalam serangan yang didakwa dilakukan kumpulan huti terhadap sebuah kamp latihan
00:08pasukan keselamatan kerajaan Yaman di wilayah Syabwa.
00:11Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan berlaku ketika anggota keselamatan sedang menjalani latihan di kamp berkenaan.
00:19Rakaman dari lokasi menunjukkan ramai mangsa terkorban dan cedera akibat letupan yang melanda kawasan tersebut.
00:26Sumber tempatan memaklumkan kumpulan huti dipercayai melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke arah kamp latihan itu.
00:34Serangan berkenaan berlaku ketika konflik antara huti dan kerajaan Yaman yang disokong gabungan pimpinan Arab Saudi semakin memuncak.
00:41Ketegangan meningkat sejak huti mara ke kawasan berhampiran Selat Bab El Mandib laluan perdagangan maritim penting di pintu masuk Laut
00:49Merah.
00:50Wilayah Syabwa merupakan antara kawasan strategi Yaman kerana memiliki sumber tenaga yang besar serta menempatkan kemudahan gas asli cercai balhav.
01:00Insiden itu menandakan peningkatan ketara konflik di Yaman yang berpotensi memberi kesan terhadap keselamatan dan kestabilan rantau Asia Barat.

Recommended