00:00Seterusnya, polis akan memanggil pencipta kandungan yang didakwa memasuki kediaman bekas personaliti televisyen Zalina Azman bagi mendapatkan perjelasan berhubung tindakan
00:11itu serta perkongsian kandungannya di media sosial.
00:15Ketua Polis Daerah Syah Alam, Asisten Komisional Sarudin Samah berkata, individu terbabit akan dipanggil bagi memberikan perjelasan berhubung tindakan memasuki
00:26kediaman berkenaan dan memuat naik kandungan tersebut di media sosial.
00:33Namun beliau berkata pihak polis akan meneliti perkara itu terlebih dahulu bagi mengenalpasti tindakan lanjut yang boleh diambil.
00:40Dalam pada itu, siasatan berhubung kehilangan Zalina masih diteruskan namun setakat ini belum ada petunjuk kukuh yang membolehkan tindakan lanjut
00:50diambil.
00:51Beliau berkata polis turut menyimak rekod pergerakan keluar masuk melalui jabatan imigresen tetapi setakat ini belum memperoleh sebarang perkembangan baru
01:00berhubung kehilangan wanita berkenaan.
01:02Mengulas dawaan kediaman itu diceroboh, Sarudin berkata keadaan rumah menunjukkan terdapat individu yang pernah memasuki kediaman berkenaan.
01:12Hasil pemeriksaan polis mendapati empat unit penyaman udara di rumah itu dipecahkan manakala batang pipe sinki turut dilaporkan hilang.
01:22Dalam pada itu, rondaan bekala di kawasan kediaman berkenaan masih dilaksanakan oleh balai polis Seksyen 6 bagi memantau keadaan rumah.
01:30Terdahulu tular perkongsian seorang pencipta kandungan Syukri yang menunjukkan kediaman Zalina bagi meninjau keadaan rumah itu susulan misteri kehilangannya sejak
01:40November 2021.
01:42Dalam perkongsian terbaru, Syukri memaklumkan bilik di tingkat atas yang sebelum ini berkunci ketika lawatan pertama kini didapati terbuka dan
01:52boleh dimasuki.