Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis merekodkan 77 kes berkaitan kegiatan sindiket keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 93 individu ditahan bagi tempoh Januari hingga 15 Oktober lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, polis merekodkan 77 kes berkaitan kegiatan sindiket keldai dadah di lapangan terbang-antrebangsa Kuala Lumpur KLIA dengan 93 individu
00:10ditahan antara Januari hingga 15 Oktober lalu.
00:14Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Husin Omar Han berkata, kesemua kes itu melibatkan rampasan lebih 2,500
00:24kg dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM202 juta.
00:31Katanya daripada jumlah kes itu, 64 kes melibatkan rampasan 2,407.27 kg bunga ganja, manakala 4 kes membabitkan 77
00:43.83 kg syabu dan 4 lagi melibatkan 22.11 kg ketamin.
00:50Selain itu, sebanyak 3 kes melibatkan rampasan 15.58 kg kokain, manakala 2 kes lagi membabitkan campuran ketamin dan ganja
01:01seberat 3.475 kg.
01:04Warga United Kingdom mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 26 individu diikuti Malaysia 23, Singapura 11, Perancis 6 dan Jepun 5.
01:15Sementara itu, suspek lain yang ditahan adalah dari Hong Kong, Indonesia, India, Island, Portugal, Jerman, Belanda, Greece, Sweden, AS, Brazil,
01:27Uganda, Zambia, Thailand dan China.
01:30Beliau berkata 45 kes direkodkan menerusi kerjasama dengan Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad di KLIA serta Agensi Kawalan dan
01:40Perlindungan Sempatan AKPS.
01:42Manakala 25 kes lagi melibatkan tindakan polis diraja Malaysia dan JSJN termasuk bahagian siasatan jenayah narkotik KLIA serta ibu pejabat
01:53polis kontingen Selangor.
01:54Selain itu, tujuh kes direkodkan menerusi operasi susulan yang membawa kepada penahanan 12 individu serta rampasan bunga ganja seberat 571
02:05.59 kg.

Recommended