00:00Seterusnya, peranan agensi di bawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu diselaraskan bagi memastikan bekalan daging, ayam dan telur ayam di
00:09Sabah kekal stabil serta dapat diperoleh pengguna pada harga yang berpatutan.
00:14Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kursar Hidup Dato' Armiza Mama Ali berkata, penyelarasan itu penting bagi memastikan isu pengeluaran dan
00:24bekalan dapat ditangani secara bersepadu dengan pemantauan harga serta penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing.
00:35Menurutnya penyelarasan ini penting supaya isu di peringkat pengeluaran dan bekalan dapat ditangani seiring dengan pemantauan harga dan penguatkuasaan.
00:44Ini sekaligus membantu memastikan bekalan ayam dan telur ayam di Sabah kekal stabil serta dapat diperoleh pengguna pada harga berpatutan.
00:54Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penstabilan bekalan daging, ayam dan telur ayam di Sabah yang diadakan di Pembendaraan
01:04Malaysia Sabah di Kota Kinabalu pada Isnin.
01:07Armizan menambah mesyuarat tersebut adalah bagi meneliti kedudukan bekalan dan harga ayam serta telur ayam di Sabah di samping membincangkan
01:17penyelarasan tindakan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
01:20Ini termasuk memperkukuh peraturan yang berkaitan selain meneliti aspek kawal selia pengeluaran dan pengidaran bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan.
01:33Armizan berkata usaha penyelarasan berkenaan turut menjadi asas kepada pembentukan mekanisme lebih berkesan dalam menangani isu bekalan dan harga barangan
01:42keperluan berkenaan melalui kerjasama erat antara kedua-dua peringkat kerajaan.
01:47Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki serta Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri
01:58Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar bersama Wakil Jabatan serta Agensi Bekaitan.