00:00Sebanyak 18 perusahaan didakwa terlibat dalam Pakatan Kartel Tipuan Bida membabitkan 30 tender pembekalan makanan bernilai keseluruhan RM183 juta.
00:11Menteri Pelarangan Dalam Negeri dan Kos Saridup Dato' Armizal Mama Ali berkata tender berkenaan termasuk pembekalan makanan bermasak ke sekolah
00:19dan institusi pengajian tinggi awam IPTA.
00:24Menurut beliau, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MyCC mengeluarkan keputusan cadangan terhadap 18 perusahaan terbabit pada 13 Oktober lalu.
00:33Kes itu melibatkan tender yang dibuka oleh 12 entiti sektor awam merangkumi 6 kementerian, 3 IPTA, 2 Jabatan Agama Islam
00:41Negeri dan 1 Badan Berkanun Persekutuan.
00:44Antara bukti yang diperoleh oleh MyCC adalah penyelarasan dan penyediaan dokumen tender secara berpusat, pertukaran maklumat termasuk harga bidaan yang
00:55dicadangkan dan perkongsian kewangan serta sumber manusia antara perusahaan-perusahaan yang terlibat.
01:01Perusahaan-perusahaan ini kini diberi peluang untuk mengumumkakan representasi kepada MyCC.
01:06Keputusan akhir akan dikeluarkan selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh perusahaan-perusahaan ini bersama-sama dengan bukti yang diperolehi semasa
01:16penyiasatan.
01:17Secara keseluruhan, MyCC telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 54 syarikat berhubung isu tipuan bida.
01:25Statistik itu merangkumi keputusan cadangan dan keputusan akhir dengan jumlah penalti sebanyak RM98.49 juta.
01:33Tambah Armizan, MyCC juga aktif menyiasat 510 syarikat lain yang disyaki terlibat dalam aktiviti tipuan bida membabitkan tender bernilai lebih
01:43RM3 dalam sektor awam dan swasta.