Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pelaksanaan dua projek naik taraf jalan di kawasan Penampang, iaitu Jalan Kampung Terian dan Jalan Kampung Buayan, masing-masing mencatat kemajuan melebihi jadual ditetapkan.
Transcript
00:00Pelaksanaan dua projek naik taraf jalan di Penampang menunjukkan kemajuan lebih awal daripada jadual.
00:05Timbalan Ketua Menteri, Merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Dato' Iwon Benedict berkata,
00:13projek jalan kampung Terian mendahului jadual pelaksanaan baru selama 58 hari, manikala jalan buayan 45 hari.
00:20Bagi projek nektarap jalan Terian Penampang yang melibatkan peruntukan sebanyak 99.395 juta ringgit,
00:32telah melibatkan satu kali IOT, satu tambahan tempoh masa pelaksanaan projek sehingga Mei 2028.
00:42Berdasarkan kepada prestasi semasa, ianya telah mencapai 57.83% iaitu mendahului tempoh masa baru yang diberikan.
00:54Projek nektarap jalan buayan Penampang yang melibatkan peruntukan sebanyak 73.868 juta ringgit yang dijadwalkan siap pada Ogos 2027.
01:10Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi taklimat yang disampaikan Jabatan Kerja Raya berhubung dua projek jalan berkenaan pada
01:19Jumaat.
01:21Kemudahan jalan raya yang lebih baik bakal memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 penduduk di Kampung Terian, Kampung Tiku,
01:29Kampung Buayan dan Kampung Longkogungan.
01:32Kemudahan itu turut memudahkan akses ketiga sekolah berhampiran iaitu SK Terian, SK Buayan dan SK Longkogungan.

Recommended