00:00Delegasi Qatar kini berada di Teheran bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Iran di tengah-tengah usaha diplomatik baru untuk
00:07menghidupkan semula rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat yang tergendala.
00:12Menurut media kerajaan Iran, delegasi itu diketuai seorang penasihat kanan kepada Perdana Menteri, merangkap Menteri luar Qatar dan dijangka membincangkan
00:19hubungan dua hala serta perkembangan serantau.
00:23Lawatan itu menyusuli laporan bahawa Qatar kembali memainkan peranan sebagai peantara dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik melibatkan Iran dan
00:31Amerika Syarikat.
00:32Sebelum ini, portal Al-Jazeera melaporkan bahawa inisiatif terbaru itu diselaraskan bersama Washington bagi memulihkan proses rundingan yang terhenti.
00:41Usaha diplomatik terbaru itu turut menyusuli laporan bahawa naib Presiden Amerika Syarikat, Jerry Vance, menghantar surat kepada Ketua Keselamatan Iran,
00:48Mohzen Rezai,
00:49dalam usaha menghidupkan semula perbincangan antara kedua-dua negara.
00:53Sementara itu, seorang pegawai kanan Iran dilaporkan mengesahkan bahawa Tehran telah menerima mesej berkenaan, namun masih belum memberikan sebarang maklum
01:00balas rasmi.
01:02Hubungan antara Washington dan Tehran terus tegang sejak pertikaian mengenai keselamatan dan kebebasan pelayaran di Selak Hormuz, salah satu laluan
01:09perdagangan tenaga terpenting dunia.