Sebanyak 970 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini sebanyak 59,817 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatat pertambahan empat kes kematian baharu.