00:00Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat, Gerik Jeli, dalam kejadian pada 8.15 malam selasa.
00:13Ketua Polis Daerah Gerik, Supertenden Zulkifi Mahmud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.36 malam daripada pemandu berusia 38 tahun.
00:23Menurut beliau, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati pemandu dari arah Jeli ke Gerik telah ternampak sekumpulan gajah sedang melintas lalu bertindak memberhentikan kenderaan dan mematikan lampu.
00:36Namun, dia terdengar bunyi horn dari kenderaan di belakang dan secara tiba-tiba tiga ekor gajah menghampiri keretanya.
00:43Zulkifi berkata, pemandu tersebut bertindak keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri sebelum membuat laporan polis selepas gajah berkenaan beredar.
00:52Beliau berkata, akibat kejadian itu, kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan belakang serta di sisi kanan dan kiri namun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.