• 1 year ago
Kerajaan Persekutuan menegaskan bahawa keputusan berhubung tuntutan pemulangan 40 peratus hasil Sabah perlu diteliti dengan teliti bagi memastikan semua mekanisme difahami sepenuhnya serta menjamin hak rakyat Sabah kekal terbela mengikut Perlembagaan Persekutuan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keputusan berhubung tuntutan pemulangan hak 40% hasil Sabah perlu diteliti dengan teliti bagi memastikan semua mekanisme yang terlibat difahami secara menyeluruh dan mengelakkan sebarang kekeliruan di masa depan.
00:15Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadil, penelitian itu penting bagi memastikan setiap keputusan yang diambil Kabinet selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan semangat MA63 dalam membela hak Sabah.
00:30Fahmi menjelaskan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti penghakiman bertulis sepanjang 109 muka surat yang dikeluarkan pada Jumaat bagi menyemak keseluruhan mekanisme yang terkandung dalam keputusan Mahkamah Tinggi itu.
00:44Beliau berkata semakan terperinci perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang keputusan yang tidak selari dengan perutukan undang-undang khususnya dalam konteks Kerajaan Interim Sabah yang mempunyai had kuasa ke atas dasar berimplikasi kewangan.
01:00Fahmi menambah beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan menyeluruh berhubung isu tersebut selepas tiba di Kota Kinabalu pada malam Sabtu bagi lawatan kerja dua hari.
01:12Mengulas kenyataan Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah GRS yang menggesa Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah, Fahmi menegaskan Kerajaan Madani kekal komited untuk memastikan hak Sabah terbela.
01:26Beliau berkata usaha memperjuangkan keadilan untuk rayak Sabah telah ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet terkini.
01:35Setakat ini, Kerajaan Madani telah menyelesaikan 9 daripada 13 tuntutan di bawah MA63 dan meningkatkan pembayaran interim Sabah daripada RM126 juta kepada RM300 juta sebelum dinaikkan lagi kepada RM600 juta.
01:51Fahmi menegaskan langkah ini menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memulihkan hak Sabah serta menegakkan prinsip keadilan untuk semua.

Recommended