• 1 year ago
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan bahawa penganjur Warzone World Championship (WWC) tidak akan diberi sebarang keistimewaan dan perlu menunggu proses kelulusan rasmi selama kira-kira 30 hari daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebelum kejohanan tempur itu boleh dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Belia dan Sukan Hanah Yoh menegaskan tiada keistimewaan khas diberikan kepada penganjur Warzone World Championship WWC
00:08dan mereka perlu menunggu sehingga 30 hari bagi mengetahui status kelulusan kejauhanan tersebut.
00:15Hanah berkata proses kelulusan daripada pesuruh jaya sukan PJS masih berjalan termasuk penelitian terhadap permit, insurans dan latar belakang peserta.
00:24Kita akan proses permohonan mereka dan dalam proses permohonan pesuruh jaya sukan akan melihat insurans, permit, semua itu akan diteliti.
00:37Untuk badan sukan kebangsaan pula mereka akan meneliti atlet-atlet yang datang sama ada mereka ini ada training atau tidak.
00:45Hanah menegaskan semua pertandingan sukan tempoh mesti dijalankan mengikut peraturan persekutuan antarabangsa dan tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan sah.
00:54Beliau turut mengulangi pendirian KBS yang melarang penyertaan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah dalam sukan tempoh sentuhan penuh
01:01kecuali jika diluluskan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan atau Negeri.
01:06Beliau menyatakan langkah ini diambil bagi melindungi keselamatan kanak-kanak daripada penganjur tidak bertoliah yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Recommended