• 1 year ago
Johor berjaya menarik pelaburan berimpak tinggi bernilai RM10 bilion daripada Shandong Huifa Foodstuff Co. Ltd, sebuah syarikat dari China serta peneraju industri makanan dan halal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Johor berjaya menarik pelaburan berimpak tinggi bernilai RM10 bilion daripada Shandong Huifa Foodstuff, sebuah syarikat dari China serta peneraju industri makanan dan halal.
00:11Pengerusi jawatan kuasa hal ehwal agama Islam negeri Johor, Muhammad Farid Muhammad Khalid berkata, pelaburan itu merangkumi sektor strategik seperti makanan, sejuk beku, farmasyutikal dan nutrasyutikal, fesyen serta bahan ramuan dan perkhidmatan pelancongan berasaskan halal.
00:27Beliau menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu berkata, projek berkenaan dijangka menjana nilai ekspor sekurang-kurangnya RM100 bilion dan dilaksanakan selaras dengan pelan kemajuan halal negeri Johor 2030 atau PKHNJ 2030 di bawah zon ekonomi khas Johor, Singapura, JSSEZ.
00:46Tambahnya langkah strategik ini memperputuh kedudukan Johor sebagai hub utama halal ASEAN, membuka ruang pelaburan baharu, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta pemindahan teknologi yang akan mempercepatkan transformasi ekonomi menjadi sebuah negeri maju.
01:01Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Persefahaman MOU antara PIJ Halal Ventures Sendiran Berhad dan Huifa Food Supply Chain Teknologi disaksikan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
01:13sempena pameran halal antarabangsa Malaysia Mihaz Shanghai 2025, platform penting yang memperkukuh hubungan perdagangan halal antara Malaysia dan Cina.
01:22Terima kasih kerana menonton!

Recommended