00:00Polis Indonesia mengenalpasti seorang pelajar berusia 17 tahun sebagai suspek dalam kejadian letupan di Sekolah Meningah Atas Negeri SMEN 72 di Kelapa Gading, Jakarta Utara yang mencederakan lebih 50 orang pada Jumaat.
00:15Ketua Polis General Listio Sigit Prabowo berkata, Polis Jakarta bersama unit anti keganasan Densus 88 sedang menyiasat latar belakang serta kediaman suspek.
00:26Dalam satu kenyataan beliau berkata, maklumat awal menunjukkan suspek merupakan seorang daripada pelajar sekolah terbabit.
00:34Kata lagi, suspek dan seorang lagi bangsa sedang menjalani pembedahan manakala beberapa individu daripada 54 bangsa cedera dibenarkan pulang.
00:45Penyiasat turut meneliti beberapa barangan yang ditemui termasuk replika senapang, pistol mainan, bom buatan sendiri dan pemacu alat kawalan jauh.
00:54Polis juga menyiasat laporan bahawa suspek dipercayai menjadi mangsa buli oleh rakan sekelas.
01:01Letupan berlaku di masjid sekolah yang terletak dalam kawasan perumahan tentera laut Indonesia menyebabkan jemaah panik dan berlari menyelamatkan diri apabila asap tebal memenuhi ruang solat.
01:11Terima kasih kerana menonton!