00:00Korea Utara mengancam akan mengambil tindakan yang lebih keras ketika mengecam rundingan keselamatan yang dimeterai Amerika Syarikat dengan Seoul.
00:08Menteri Pertahanan Negara itu, Noh Kwong Chol, dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata,
00:13langkah itu jelas merupakan ungkapan terbuka tentang sifat permusuhan mereka untuk menentang Korea Utara.
00:22Kenyataan Noh itu menyusul sehari selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke arah timur negara itu pada Jumaat.
00:29Mereka sebelum itu mengecam sekatan baharu Amerika Syarikat terhadap individu dan entiti Korea Utara yang didakwa terlibat dalam skim pengubahan wang haram berkaitan saibah.
00:39Noh turut mengkritik lawatan setiusaha pertahanan Amerika, Pete Hexeth, ke Korea Selatan pada Selasa bagi rundingan keselamatan tahunan di Seoul.
00:47Beliau mendakwa Amerika Syarikat dan Korea Selatan bersekongkul untuk menentang Korea Utara dengan menggabungkan kekuatan nuklear serta konvensional.
00:56Dalam pada itu Hexeth yang disambut Menteri Pertahanan Korea Selatan, An-Gyu Bek berkata,
01:02teras pakatan dengan Seoul akan terus tertumpu kepada usaha mengekang ancaman Korea Utara.