00:00Kerajaan Thailand mula menguatkuasakan pindaan terhadap Akta Kawalan Minuman Beralkohol bermula Sabtu.
00:06Ia memperketat larangan terhadap pengambilan alkohol pada waktu tertentu serta memperluas tanggungjawab kepada pengguna.
00:16Menurut media tempatan, individu yang didapati minum atau dihidang minuman beralkohol antara jam 2 petang hingga 5 petang
00:24di tempat yang dilarang boleh dikenakan denda minum 10,000 baht kira-kira 1,300 ringgit.
00:31Larangan tersebut telah wujud sejak 1972 namun sebelum ini hanya tertumpu kepada penjual dan premis.
00:38Pindaan terkini turut melarang iklan dan promosi alkohol yang bersifat menggalakkan kecuali maklumat berfakta seperti kandungan dan harga.
00:47Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Hotel Berlesin, tempat hiburan sah, kawasan pelancongan yang diperakui serta lapangan terbang antarabangsa.
00:57Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan Thailand untuk menangani isu penyalahgunaan alkohol dan meningkatkan disiplin sosial
01:05terutama dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan.
01:08Pihak berkuasa menyeru orang ramai agar mematuhi peraturan baharu ini dan menegaskan penguatkuasaan akan dijalankan secara tegas di seluruh negara.