• 11 months ago
Inisiatif ini akan diteruskan untuk tempoh enam bulan sehingga Aceh kembali pulih.
Transcript
00:00Baik, banjir besar yang melanda Aceh sejak pertengahan November 2025 menjejaskan kualiti kehidupan penduduk lebih parah apabila bantuan kemanusiaan turut terputus.
00:12Pertubuhan Bukan Kerajaan Yayasan Amal Malaysia terpanggil untuk membuka dapur umum mendidikan makanan setiap hari dengan lebih 500 penduduk di kawasan Aceh Tamyang sejak 13 Disember lalu.
00:23Dapur ini terletak di Masjid Besar Al-Hudha. Mereka menyediakan hidangan tengah hari kepada mangsa banjir.
00:33Sekitar 186,000 keluarga sudah menerima bantuan. Kebanyakan kediaman mereka rosak dan ranap di badai banjir.
00:53Sejak akhir November lalu, dengan kerjasama Yayasan Kesejahteraan Madani, sebanyak lima misi kemanusiaan sudah dilancarkan ke Aceh yang turut meliputi wilayah Sumatera.
01:16Inisiatif dapur umum ini akan diteruskan untuk tempoh enam bulan sehingga Aceh kembali pulih.
01:22Ketika ini, selepas lebih sebulan banjir besar melanda Aceh, wilayah itu belum menunjukkan tanda pulih sepenuhnya dengan Jakarta turut mengarahkan tentera untuk membantu mangsa terjejas.

Recommended