00:00Perancis dan Eropah
00:30Tanpa menyebut mana-mana negara secara langsung, beliau menunjuk kepada tekanan kuasa besar yang dilihat semakin mencabar kerangka peraturan antarabangsa.
01:00Kenyataan Macron dibuat ketika hubungan antara Paris dan Washington berada dalam fasa tegang, susulan beberapa tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, termasuk penedahan mesej peribadi Macron di laman sosial, serta ancaman mengenakan tarif tinggi terhadap produk wine dan champagne Perancis.
01:30Terima kasih telah menyebutkan protektionisme.
02:01Perancis sebelum ini turut menyerahkan kebimbangan terhadap cadangan penubuhan Board of Peace, sebuah badan baru yang dicadangkan Trump untuk dipengerusikannya kerana dikhawatiri boleh menjejaskan peranan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB.
02:22Dalam isu Greenland, Macron juga mengambil pendirian lebih tegas berbanding kebanyakan pemimpin kesatuan Eropah EU dengan menggesa blok itu mengaktifkan instrumen perdagangan paling berkesan sebagai tindak balas terhadap tekanan Washington.
02:34Presiden Perancis itu turut menggesa EU memperkukuh sokongan terhadap industri Eropah yang menurutnya semakin terhimpit oleh persaingan tidak seimbang daripada Amerika Syarikat dan China.
02:44Katanya industri mereka kini dibunuh secara perlahan-lahan kerana ketiadaan rangka kerja persaingan yang adil dan setara.
02:51Macron turut memberi isyarat bahawa EU tidak akan teragak-agak menggunakan instrumen perdagangan yang ada apabila berdepan tindakan yang dianggap sebagai paksaan ekonomi.