Skip to playerSkip to main content
Raya Haji nak dekat dah ni, boleh cuba buat Daging Asam Kunyit kalau dapat daging korban nanti. Menu yang sedap, pedas dan masam yang ngam dan memikat selera. Rugi tak cuba!

DAGING ASAM KUNYIT

Bahan-bahan:

½ kg daging | rebus hingga empuk
1 biji bawang besar | dihiris
5 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
10 biji cili padi | dihiris, potong tengah jangan putus
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai | diketuk
½ cawan air asam jawa | sederhana cair
¼ sudu makan garam
1 sudu kecil gula
Sedikit serbuk perasa
1 sudu besar serbuk kunyit
2 cawan air rebusan daging

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dagingasamkunyit #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Raya haji ni pun dah nak dekat. Kalau dapat banyak daging nanti, bolehlah kita buat daging asam kunyit ni.
00:05Masam dan pedas buat nasi bertambah.
00:07Mula-mula, panaskan minyak dan tumis serai sampai naik bau.
00:11Kemudian masukkanlah bawang besar, bawang putih dan halia.
00:15Semua ni kita hiris halus, tumis sampai naik bau dan sedikit layu.
00:21Lepas tu, boleh masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa.
00:25Gawal-gawal-gawal hingga sebati.
00:28Kemudian masukkanlah air rebusan daging.
00:30Air rebusan tu, jangan buang. Lagi sedap guna air rebusan daging berbanding air biasa.
00:35Gawal-lah hingga sebati.
00:36Masukkan daging yang kita dah rebus sampai empuk tadi.
00:40Gawal-gawal-gawal rata.
00:41Kemudian bolehlah masukkan bahan perasa kita seperti gula, garam dan sebut perasa.
00:50Kacau hingga sebati. Lalu masukkanlah cili padi dan bunga kantan.
00:55Kita nak bagi hidangan kita jadi lebih beraroma, wangi dan menyelerakan.
00:59Ok, dah siap daging asam kunyit kita.
01:02Dapat hidup kuah ni makan pula panas-panas.
01:05Memang sedap.
01:06Jangan lupa tontonlah memasak kami setiap selasa dan kami senti tiktok rasa.
01:10Selamat mencuba.
01:11Ingat makan.
01:12Ingat rasa.

Recommended