Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Ketua Eksekutif Instagram Adam Mosseri menafikan dakwaan bahawa beliau mengetahui atau menggalakkan usaha menyembunyikan maklumat negatif mengenai platform media sosial itu. Kenyataan dibuat dalam perbicaraan melibatkan Meta yang disaman oleh 29 negeri Amerika Syarikat berhubung isu keselamatan kanak-kanak dan penggunaan data peribadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Eksekutif Instagram Adam Mosseri menafikan dakwaan bahawa beliau mengetahui atau menggalakkan usaha menyembunyikan maklumat negatif berkaitan platform media sosial
00:10itu daripada pengetahuan umum.
00:12Beliau memberikan keterangan di Mahkamah Auckland pada selasa dalam perbicaraan yang melibatkan meta-platforms berhubung dakwaan bahawa Instagram dan Facebook
00:21direka untuk menyebabkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
00:29Mosseri merupakan saksi utama dalam kes yang dianggap antara ujian undang-undang terbesar terhadap industri media sosial berkaitan kesan platform
00:37digital kepada golongan muda.
00:39Empat negeri iaitu California, Colorado, Kentucky dan New Jersey mendakwa platform berkenaan menyumbang kepada masalah kesihatan mental termasuk kebimbangan dan
00:47kemurungan.
00:48Menurut tuntutan tersebut, amalan berkenaan didakwa menyumbang kepada peningkatan masalah kebimbangan, kemurungan dan dalam beberapa keadaan dikaitkan dengan risiko bunuh
00:57diri.
00:58Selain itu, kesemua 29 negeri berkenaan turut mendakwa meta melanggar undang-undang persekutuan dengan mengumpul dan menggunakan data peribadi kanak
01:06-kanak bawah usia 13 tahun secara tidak wajar ketika menggunakan platform syarikat tersebut.
01:11Pihak pendakwa memaklumkan penalti sivil yang dituntut boleh mencecah hampir $200 bilion Amerika sekiranya dawaan tersebut dibuktikan di mahkamah.
01:20Pada hari keempat perbicaraan, Missouri menolak dawaan yang dikemukakan peguam negeri Colorado, Jason Sluber, bahawa beliau mengetahui kewujudan dasar dalaman
01:30meta yang membolehkan peguam syarikat menyemak perbentangan dalaman bagi membuang maklumat tertentu sebelum dikongsi.
01:36Beliau turut menafikan sebarang usaha untuk melindungi dirinya atau menemani eksekutif syarikat daripada sebarang isu yang berpotensi mencetuskan kontroversi.
01:47Terima kasih telah menonton!

Recommended