Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Iran mengekalkan penempatan besar-besaran pasukan darat di kawasan sempadan negara itu sejak serangan Amerika Syarikat dan Israel pada Februari lalu. Pada masa sama, tentera Iran mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah dron peninjau canggih di Selat Hormuz menggunakan sistem pertahanan udara tempatan.
Transcript
00:00Iran terus memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadannya dengan mengekalkan penempatan besar-besaran pasukan darat susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel
00:08pada 28 Februari lalu.
00:10Komander Pasukan Darat Tentera Iran, Brigadier General Ahli Ejahan Shahi berkata,
00:15anggota tentera ditempatkan di kawasan sempadan barat laut, barat, barat daya timur dan tenggara negara itu termasuk kawasan pesisir pantai.
00:27Menurut beliau, pelbagai unit termasuk pasukan khas, pasukan tindak balas pantas, unit berperisai serta artileri kini beroperasi pada tahap kesiapsiagaan
00:36tempur yang tinggi bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan.
00:40Dalam perkembangan berasingan, tentera Iran memaklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya menembak jatuh sebuah drone peninjau canggih jenis Orbiter di selat
00:50humus pada petang Ahad.
00:51Menurut kenyataan itu, drone berkenaan dimusnahkan menggunakan sistem pertahanan udara yang dibangunkan secara tempatan dan ditempatkan di kawasan tenggara negara
01:00tersebut.
01:01Iran menegaskan langkah keselamatan yang diambil bertujuan memastikan kedaulatan wilayah serta kesiapsiagaan angkatan tenteranya terus berada pada tahap tertinggi.

Recommended