00:005 rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup kokain yang disembunyikan di dalam kasut mereka melalui lapangan terbang
00:09Hanida, Tokyo.
00:10Menurut laporan NHK World Japan, 4 daripada 5 suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan, manakala seorang lagi menafikannya.
00:18Polis pada Isna memaklumkan kesemua individu terbabit ditahan selepas dipercayai cuba memasuki Jepun dari Malaysia dengan membawa kokain yang dianggarkan
00:27bernilai 757,300 dolar mereka, kira-kira 3.2 juta ringgit.
00:34Pemeriksaan oleh pegawai kustom di lapangan terbang berkenaan menemukan bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut setiap suspek.
00:41Seorang daripada suspek Mohd Daniel Farhan Abdul Rahman dilaporkan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mengenali seorang individu menerusi aplikasi media
00:50sosial yang kemudian memintanya membawa dadah ke luar negara.
00:54Menurut laporan itu, individu berkenaan didakwa menawarkan bayaran lumayan sebagai ganjaran dan menyerahkan sepasang kasut kepadanya untuk digunakan dalam perjalanan
01:04tersebut.
01:04Sementara itu, polis Jepun dan pihak berkuasa berkaitan percaya kelima-lima sospek menerima arahan untuk membawa dadah berkenaan masuk ke
01:12negara itu.