Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pengerusi IDS Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata pendekatan bersasar penting memandangkan lapan daripada 10 daerah yang pernah dikenal pasti mempunyai kadar kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia terletak di Sabah.
Transcript
00:00Institut Kajian Pembangunan Sabah IDS berharap peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah menerusi belanjawan 2027 diterjemahkan kepada penyelesaian masalah rakyat
00:10di daerah miskin.
00:11Antaranya membabitkan tiga keperluan asas iaitu bekalan air, elektrik dan jalan raya.
00:17Pengurusnya Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, pendekatan bersasar penting memandangkan 8 daripada 10 daerah yang pernah dikenalpasti mempunyai kadar
00:25kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia terletak di Sabah.
00:30Azizah turut mencadangkan antara 10 hingga 15% daripada pemberian khas interim RM1.5 bilion di bawah Perjanjian Malaysia 1963
00:39ME63 ditetapkan khusus sebagai dana pembangunan komuniti khas.
00:44Dana ini perlu disalukan terus kepada daerah miskin bagi memastikan lebih banyak peruntukan sampai ke kawasan yang memerlukan.
00:52Jelas Azizah pengagihan secara bersasa perlu berasaskan data dan keadaan sebenar di lapangan kerana punca kemiskinan berbeza antara daerah.
01:02Antaranya kesukaran akses pasaran, kekurangan infrastruktur serta kebergantungan nelayan dan pekebun kecil kepada orang tengah.
01:10Sehubungan itu, IDS kini sedang melaksanakan pemetaan kemiskinan secara terperinci bermula di Pitas dan Kota Marudu bagi mengenalpasti lokasi, profil
01:21isi rumah miskin serta kekangan ekonomi yang dihadapi mereka.
01:25Berdasarkan laporan Sevi Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM,
01:318 daerah yang mencatat kadar miskin tegar di Sabah ialah Tonggot 5.9%, Beluran 5.0%, Pitas 4.8%, Kinabatangan
01:444.6%, Kota Marudu 4.0%, Tuaran 2.6% serta Ranau dan Lahat Datu masing-masing 2.4%.

Recommended