00:00Terumbu karang penting dalam menyokong kehidupan pelbagai spesies hidupan laut selain menjadi sumber rezeki kepada komuniti pesisir pantai.
00:07Namun ekosistem ini berdepan pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kelangsungan hidup dan pertumbuhannya.
00:12Menyedari kepentingan itu, kumpulan konservasi merin Pulau Larapan dengan kerjasama Rif Check Malaysia
00:18giat melaksanakan usaha restorasi karang termasuk penyelenggaraan berkala di kawasan yang telah ditanam dengan fragment terumbu karang.
00:29Usaha itu bukan sekadar mendanam semula karang yang rusak.
00:32Sebaliknya, turut melibatkan pemantauan pertumbuhan, pembersihan alga serta kawalan organisma pemangsa yang boleh mengancam fragment karang.
00:42Pendekatan berterusan ini penting bagi memastikan kawasan restorasi dapat berkembang dan kekal sebagai habitat hidupan merin.
00:51Jadwal penyelenggaraan terumbu karang tiruan yang kami laksanakan selalunya diadakan sekali setiap bulan
00:59bergantung kepada tumbesaran terumbu karang yang telah ditanam.
01:05Untuk terumbu karang tiruan baru yang diturunkan, maintenance perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan
01:12untuk memastikan tumbesaran tidak diganggu oleh alga sebab tumbesaran alga lebih laju berbanding batu karang.
01:19Apa yang kami lakukan selama di dalam air, kami memberus kami punya spider di mana kami ada frame di sana
01:28yang kami sudah turunkan
01:29dan kami tanam semula fragment-fragment yang kecil untuk diikat balik dalam spider frame.
01:38Dan selain daripada kami ikat itu, kami juga memberus kami punya spider supaya lumut-lumut yang di sana tidak terlampau
01:45banyak
01:46dan kami punya terumbu karang, fragment itu akan tumbuh lagi dengan bagus.
01:51Kerja-kerja penyelenggaraan ini memerlukan ketekunan dan komitmen tinggi
01:55memandangkan setiap struktur restorasi perlu diperiksa serta dibersihkan
01:59bagi memastikan fragment karang dapat membesar dengan baik.
02:03Namun usaha yang dilaksanakan di dasar laut itu bukan tanpa cabaran.
02:07Apabila faktor persekitaran dan keadaan di bawah air
02:11turut mempengaruhi kelancaran aktiviti penyelenggaraan.
02:15Cabaran yang kami hadapi semasa melakukan aktiviti maintenance itu
02:19salah satu banyak kubur-kubur, banyak alga dengan cuaca agak sejuk sikit.
02:26Meskipun berdepan pelbagai cabaran, komitmen komuniti Pulau Larapan
02:30dalam menjayakan usaha pemuliharaan ini membuktikan bahawa peranan masyarakat setempat
02:35amat penting dalam melindungi ekosistem laut.
02:39Usaha memelihara terumbu karang di Pulau Larapan ini diharap menjadi platform
02:45untuk memelihara, seterusnya menjamin kazanah laut di Semporna ini
02:50terpelihara untuk generasi akan datang.
02:53Rizal Abdullah, Pulau Larapan Semporna untuk Astro Awani.