Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
PBB memberi Bangladesh tambahan tiga tahun sehingga 2029 sebelum negara itu keluar daripada kategori negara paling kurang membangun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB meluluskan lanjutan tempoh 3 tahun kepada Bangladesh sebelum negara itu keluar daripada kategori negara paling
00:08kurang membangun atau LDC.
00:10Keputusan itu diluluskan pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB di New York selepas Bangladesh mengemukakan rayuan rasmi kepada badan
00:18berkaitan PBB.
00:21Lanjutan tersebut memberikan Bangladesh masa sehingga 24 November 2029 untuk membuat persediaan sebelum beralih kepada status negara membangun.
00:30Menurut PBB keputusan itu dibuat dengan mengambil kira ketidaktentuan ekonomi dan kelemahan struktur yang masih dihadapi oleh negara berkenaan.
00:38Tambahnya proses peralihan Bangladesh daripada kategori LDC sebenarnya bermula pada 2018 dengan tempoh persediaan asal dijadualkan berakhir pada 2024.
00:48Mengikut jadual sebelum ini negara Asia Selatan itu sepatutnya keluar daripada senarai LDC pada 24 November tahun ini.
00:57Dalam masa yang sama Nepal turut menerima kelulusan PBB untuk mendapatkan lanjutan tempoh persediaan selama 3 tahun.
01:04Sebagai negara dalam kategori LDC, Bangladesh dan Nepal kini masih menikmati kemudahan ekspor ke pasaran Eropah tanpa duti import dan
01:12sekatan kuota.
Comments

Recommended