00:00Tertemu kembali bantuan kepada golongan asnaf membawa makna yang berbeza bagi setiap penerima.
00:06Ada yang memerlukan barangan keperluan harian, ada yang memerlukan kemudahan pendidikan dan ada juga yang mengharapkan peluang pekerjaan.
00:15Keperluan berbeza itu menjadi antara tumpuan McDonald's Malaysia dalam menyalurkan zakat RM2 juta bagi 2026
00:23sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan zakat yang ditunaikan sejak 2017 sebanyak RM16 juta.
00:33Bagi naik Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Sumber Manusia McDonald's Malaysia, Azhar Darby,
00:40jelajah penyerahan zakat itu bukan sekadar demi menunaikan bayaran kepada institusi berkaitan,
00:45malah mendekatkan syarikat dengan golongan asnaf yang menerima manfaatnya.
00:49Menurut beliau, pendekatan ini membolehkan bantuan disalurkan dalam pelbagai bentuk,
00:54termasuk kotak rezeki dan peluang pekerjaan selain sumbangan untuk menyokong pendidikan.
00:59Kita menjelajah ke semua negeri untuk membayar zakat dengan tujuan untuk mendekati penerima-penerima zakat.
01:08Dengan mendekati mereka, kita bukan setakat menyampaikan bayaran zakat korporat,
01:14kita juga menyampaikan kotak rezeki kepada mereka dan juga menawarkan peluang-peluang pekerjaan
01:21dan menyampaikan sumbangan seperti komputer riba.
01:28Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan zakat korporat McDonald's,
01:32wilayah persekutuan dan sumbangan kepada asnaf di McDonald's,
01:35Pandu Lalu, Putrajaya, Presid 2 pada selasa lalu.
01:39Majlis turut dihadiri mufti wilayah persekutuan, Ahmad Fawaz Fadil.
01:42Menerusi jelajah di Putrajaya, sebanyak 80 keluarga asnaf menerima kotak rezeki
01:48yang mengandungi barangan keperluan harian bagi membantu meringankan perbelanjaan mereka.
01:53Dalam aspek pendidikan, 15 komputer riba turut disumbangkan kepada pelajar asnaf
01:58Kolej Profesional Madlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mawib
02:01bagi menyokong keperluan pembelajaran termasuk menyiapkan tugasan
02:05dan mengakses sumber pendidikan digital.
02:08Usaha memperkasa pendidikan dan kemahiran belia turut diteruskan
02:12melalui Akademi Vokasional McDonald's Malaysia
02:14yang menawarkan latihan berjuma termasuk peluang memperoleh
02:18sijil kemahiran Malaysia SKM tahap 2 dan 3
02:21serta melanjutkan pengajian ke peringkat diploma kemahiran Malaysia.
02:24Untuk menyantuni komuniti, terutamanya pelajar, kita membuka peluang
02:30untuk menawarkan mereka belajar di Akademi Vokasional McDonald's Malaysia
02:35ditanggung sepenuhnya.
02:37Dengan pelajaran tersebut, mereka boleh mendapat persijilan sijil kemahiran Malaysia
02:43tahap 2 dan 3 dan boleh sambung hingga ke diploma kemahiran Malaysia.
02:47Daripada jumlah zakat 2 juta ringgit itu, sebanyak 300 ribu ringgit
02:53diserahkan kepada Pusat Penghutan Zakat Madlis Agama Islam
02:56dan Persekutuan PPZ Mawib.