Skip to main content

Gulai Kuning Ikan Lada Solok ni memang cukup menyelerakan. Kuah kuning berlemak, isi ikan yang lembut dan aroma lada solok menjadikan hidangan tradisi Pantai Timur ni begitu istimewa. Lagi sedap bila kuahnya dicurah atas nasi putih panas. Tak perlu lauk banyak pun dah cukup puas. Selamat mencuba!

GULAI KUNING IKAN LADA SOLOK

Bahan-bahan:
2 ekor ikan Jepun – bersihkan dan potong 3
4 biji lada solok
900ml santan
5 batang serai – diketuk
2 keping asam gelugur
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
½ sudu kecil gula

Bahan kisar:
1 biji bawang merah besar
8 biji cili padi merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
3 inci lengkuas
5 inci kunyit hidup
1 sudu besar belacan

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #gulaikuningikanladasolok #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Kalau korang suka lauk gulai lemak pedas, korang kena cuba resepi gulai kuning ikan lada solot yang berasal dari selatan
00:06Thailand ni.
00:07Kuah santannya pekat dengan aroma kunyit dan lengkuas.
00:10Rasa seakan gulai nasi lauk berantan.
00:12Sedap tau. Jom kita masak.
00:14Untuk rencahnya mula-mula sekali, satukan doa merah besar, cili padi merah, cili merah, lengkuas, kunyit hidup dan belacan.
00:22Haa, lengkuas dengan kunyit hidup ni wajib tau.
00:24Baru dah sedap rasa kuah gulai kita nanti.
00:27Belacan ni pula optional. Kalau suka boleh letak.
00:29Kisah halus tanpa air.
00:31Letak ikan dalam bekas. Ni kat ikan kuning ikan Jepun.
00:34Korang boleh juga guna ikan kembuk atau selang.
00:37Ambil satu sudu bahan kisah tadi dan gaulkan dengan ikan.
00:39Lumuh hingga rata kemudian biarkan seketika.
00:42Tuangkan santan ke dalam periuk dan masak sampai mula mendidik.
00:45Seterusnya masukkan serai yang dah diketuk.
00:47Kemudian masukkan baki bahan kisah tadi.
00:50Kacau pelalahan guna api sederhana supaya santan tak pecah dan kuah kekal cantik.
00:54Bila kuah dah naik aroma, masukkan asam gelugur dan juga ikan.
00:58Kecilkan api dan biarkan ikan masak pelalahan sampai separuh masak.
01:02Perasakan dengan garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
01:05Nak letak sebut perasa pun boleh.
01:07Kacau pelalahan.
01:08Jangan kuat sangat.
01:09Nanti isi ikan mudah hancur.
01:10Akhir sekali, masukkan lada solot.
01:13Jika tak ada lada solot ni, boleh je guna cili hijau biasa.
01:15Letak cili padi merah pun boleh.
01:17Teruskan masak menggunakan api pelahan sampai ikan masak sempurna.
01:21Lada solot sedikit lembut dan kuah gulai kembali mendidih.
01:24Dah siap gulai kuning ikan lada solot kita.
01:26Kuahnya lemak, pedas dan harum dengan kunyit dan serai.
01:30Ikan pula lembut dan menyerap kuah.
01:32Memang enak.
01:33Penggemar laut kampung kena cuba menu ni.
01:36Granti ulang masak banyak kali.
01:37Selamat mencuba.
01:43Terima kasih kerana menonton!

Recommended