00:00Usaha membentuk generasi pengguna Malaysia yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran semasa terus diperkukuh
00:07melalui penganjuran Festival Kepenggunaan CONFES 2025 berlangsung di ITCC Penampang Sabah,
00:15Program Anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup KPDN ini
00:20turut menjadi platform pengumpulan aspirasi anak muda bagi memantapkan Dasar Pengguna Negara 2.0, DPN 2.0.
00:30Jadi matlamatnya adalah untuk kita meningkatkan kesedaran konsumerisme dan juga aktivisme konsumerisme di kalangan rakyat kita
00:43dan untuk CONFES ini fokus kita adalah kepada generasi muda kerana apa?
00:50kerana kita melihat supaya semangat kesedaran tentang kepentingan partisipasi dan aktivisme kepenggunaan ini perlu dimulakan sejak dari awal lagi.
01:06Pada masa yang sama, Dato' Armizan memaklumkan DPN 2.0 akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Oktober ini
01:14sebelum dijadikan Panduan Dasar Nasional Kepenggunaan bagi tempoh 2026 hingga 2030.
01:22DPN 2.0 akan memperinci peranan semua pihak berkepentingan termasuk agensi, industri dan pengguna
01:29dalam memperkukuh kesiap-siagaan negara menghadapi cabaran semasa termasuk penipuan digital, produk tidak selamat dan kos sari hidup.
01:38Turut ditekankan ialah pendekatan inklusif melalui program Payung Rahmah Madani, Portal Ihsan Madani
01:45serta penggunaan penunjuk kos sari hidup sebagai rujukan pengguna.