00:00Baik, kerajaan sedang memperhalusi pelaksanaan dasar penyasaran subsidi bagi memastikan sebarang keputusan tidak mendatangkan impak negatif kepada rakyat.
00:10Menteri Komunikasi Fahmi Fazil memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan komitmen untuk mengelakkan sebarang dasar yang membuankan termasuk dalam subsidi bahan api dan perluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan SST.
00:24Yang Mahbohmat, Perdana Menteri ada menyatakan pandangan bahawa beliau tidak mahu pelaksanaan dasar-dasar yang akan mendatangkan kesan yang negatif kepada majoriti rakyat.
00:41Itulah antara sebab kenapa setelah pelaksanaan beberapa dasar sebelum ini sama ada penyasaran semula subsidi diesel dan beberapa ikhtiar yang lain,
00:54kita lihat perlu ada sedikit penelitian, mekanisme penyaluran itu dan memastikan tidak ada kesan knock-on efek yang negatif.
01:07Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di Pusat Media Parlimen Malaysia pada Isnin.
01:13Jelas beliau lagi penyesuaian terhadap dasar-dasar yang diumumkan sebelum ini termasuk subsidi diesel dan carangan berkaitan RON95 sedang diteliti secara mendalam.
01:22Maka kalau kita lihat dalam isu peluasan skop SST juga ada beberapa perkara yang telah diteriti setelah diumumkan maka beberapa penyesuaian dilaksana.
01:33Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana tapi telah dibayangkan ataupun disebut sebelum ini mengenai RON95.
01:43Jadi Perdana Menteri ada menyentuh hal ini dalam pemukiman dengan ahli-ahli Parlimen dan beliau berhasrat untuk memastikan ia tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada rakyat.
01:59Jadi harus diperhalusi dahulu?
02:00Sedang diperhalusi.
02:02Itulah penelitian itulah yang menganjakkan sedikit garis masa tersebut.