Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang disokong platform digital bersepadu, akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.
Transcript
00:00Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi pengecaman nombor plate automatik atau ANPR yang disokong platform digital bersepadu akan dilaksanakan secara berperingkat di Leboraya Utara Selatan Plus bermula Oktober ini dan ia melibatkan laluan hutan kampung ke Sungai 2 di Pulau Pinang sebagai projek rintis.
00:20Menteri Kejayaan, Datuk Seri Alexander Nantalingi berkata sistem ANPR berpegang langkah awal ke arah pelaksanaan sistem aliran pantas pelbagai lorong MLFF dalam tempoh 2 tahun akan datang bagi mengatasi masalah kesesatkan di Plaza Toll.
00:37Nanta menjelaskan sistem ini membolehkan pengguna melalui mana-mana lorong sedia ada tanpa perlu berhenti sekaligus menjanjikan perjalanan lebih lancar dan fleksibel.
00:47Katanya pembangunan sistem itu hasil kerja pakar tempatan dalam industri lebuh raya dan dilaksanakan sepenuhnya oleh industri tanpa sebarang implikasi kewangan daripada kerajaan.
00:59Beliau berkata sebagai permulaan sistem itu akan diuji di 13 Plaza Toll membabitkan 35 lorong sebelum diperluas secara berperingkat ke keseluruhan jajaran plus.
01:10Sistem ANPR mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan melalui kamera dan membolehkan bayaran tol dibuat secara digital tanpa tunai selain menyediakan paparan e-invoice,
01:22simakkan transaksi dan pelbagai perkhidmatan mobiliti lain melalui satu platform digital bersepadu.
01:28Pengguna perlu mendaftar secara dalam talian menggunakan maklumat pengenalan diri, kenderaan dan kaedah pembayaran.
01:34Selepas pendaftaran dibaca, kadar tol akan ditolak secara automatik dalam akaun yang telah didaftarkan.
01:42Sekiranya tiada baki, bayaran akan dituntut kemudian kepada pemilik.
01:46Bayaran juga boleh dibuat menerusi aplikasi baru JustGo yang menyokong pelbagai kaedah seperti e-Dompet, Cardbank dan Touch&Go.
01:54Nanta berkata tiada kos atau cas dikenakan kepada rakyat untuk mendaftar dan menggunakan sistem tersebut.

Recommended