Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Menurut pihak berkuasa tempatan, kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 hektar di selatan negara itu dan meragut nyawa seorang wanita.
Transcript
00:00Kebakaran hutan terbesar di Perancis dalam beberapa dekat terus meribak pada Khamis.
00:05Menurut pihak berkuasa tempatan, kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 hektare di selatan negara itu dan meragut nyawa seorang wanita warga emas.
00:17Sepanjang malam, kebakaran meribak meliputi 16,000 hektare dan menjejaskan 15 kawasan perbandaran.
00:23Ketika ini, seramai 1,500 anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran dengan ratusan lagi dijangka menyertai operasi pada waktu pagi.
00:33Operasi pemadaman menggunakan pesawat turut disambung pada Khamis.
00:37Beberapa lokasi telah dikosongkan akibat kebakaran tersebut.
00:40Kebakaran bermula pada petang selasa di kawasan perbandaran Ribaut terletak di wilayah selatan Perancis.
00:47Api kemudian merebak dengan cepat di kawasan pergurungan Khorbier dan diburukkan dengan tiupan angin kencang.
00:53Pihak berkuasa tempatan menjangkakan keadaan cuaca buruk akan berterusan.
00:57Dua orang awam dilaporkan cedera, seorang daripadanya mengalami melecur teruk.
01:02Selain itu, tujuh anggota bomba turut cedera semasa operasi.
01:06Seorang individu dilaporkan masih hilang.
01:08Selain itu, sebanyak 2,500 kediaman terputus bekalan elektrik.
01:13Pihak berkuasa menggesa penduduk agak kekal di dalam rumah kecuali jika diarahkan keluar.

Recommended