00:00Inisiatif PandaSafe oleh syarikat penghantaran makanan Food Panda, satu langkah proaktif bagi memupuk budaya pemanduan selamat dalam kalangan penunggang atau rider penghantaran.
00:11Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata program itu menggunakan teknologi telematik untuk menilai tingkah laku pengguna di jalan raya, termasuk cara tunggangan, kelajuan dan corak pemanduan harian.
00:23Jadi ini merupakan satu inisiatif yang baik kerana apa yang kita nak ialah platform-platform penghantaran ini mereka membudayakan keselamatan dalam sistem penghantaran mereka.
00:36Seperti yang saya tekankan dalam ucapan saya, saya tak nak syarikat-syarikat platform ini mereka memaksa ataupun menghukum riders-riders untuk mengejar trip tanpa mengambil kira aspek keselamatan.
00:51Menurut Loke, pendekatan berasaskan data ini dapat menggalakkan pengurusan risiko serta membantu meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya dalam industri penghantaran makanan yang semakin berkembang.
01:05Katanya kira-kira dua per tiga daripada kemalangan maut di jalan raya melibatkan penunggang motosikal dan rider penghantaran merupakan antara yang paling aktif menggunakan jalan raya setiap hari.
01:17Loke menyeru agar pihak industri seperti syarikat insurans membantu memperluas inisiatif Pandasif dengan mempertimbangkan pemberian insentif keselamatan dan diskaun premium kepada rider yang mempunyai rekod pemanduan yang baik.
01:32Terima kasih kerana menonton!