00:00Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA, Gianni Infantiono, dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sempena sidang kemuncak ASEAN ke-47.
00:11Menurut Sumber Kanan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM, lawatan itu antara lain bertujuan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembangunan bola sepak ASEAN.
00:21Selain menghadiri acara rasmi, Infantino turut dijadual melawat pusat latihan nasional NTC di Putrajaya, yang mana latihan itu memberi peluang kepada wakil FIFA menilai kemudahan modern yang dibangunkan untuk menyokong visi jangka panjang bola sepak Malaysia.
00:42Jika berjalan lancar, lawatan ini berpotensi meningkatkan profil bola sepak Malaysia, khususnya dari aspek pembangunan akar umbi serta peranan negara dalam perancangan bola sepak serantau.
00:56Lawatan itu juga membuka peluang memperkukuh hubungan strategik dengan FIFA serta mendapatkan sokongan dalam aspek infrastruktur, kejurulatihan dan program komuniti.
01:06Infantino pernah melawat Malaysia pada April 2019 ketika mengetuai delegasi pemimpin bola sepak dunia yang mengadakan kunjungan hormat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
01:20Terima kasih telah menonton!