Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Pelaksanaan inisiatif itu melibatkan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yang mengambil Kampung Pachitan sebagai kampung angkat bagi memperkukuh aspek latihan dan kesedaran KKP.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kampung Pacitan, Negeri Sembilan, dipilih sebagai kampung angkat madani pertama yang memberi penekanan khusus kepada latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan KKP.
00:11Ia sekaligus dijadikan kampung contoh yang mengamalkan budaya kerja selamat di peringkat komuniti.
00:18Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelaksanaan inisiatif itu melibatkan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara NIOSH
00:28yang mengambil Kampung Pacitan sebagai kampung angkat bagi memperkukuh aspek latihan dan kesedaran KKP.
00:36Menurut beliau, penerapan amalan keselamatan itu bukan sahaja penting untuk penduduk setempat,
00:41malah bagi memastikan pelancong dan pengunjung yang menginap di inap desa sekitar kampung berada dalam persekitaran selamat.
00:50Tambahnya, Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya usaha NIOSH dalam menjadikan Kampung Pacitan sebagai pusat latihan komuniti
00:57berasaskan KKP.
01:00Ia termasuk pelaksanaan kursus dan program pembangunan kemahiran
01:04menggunakan kemudahan yang dibina di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani.
01:09Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada peningkatan keselamatan dalam pengurusan inap desa,
01:16penganjuran aktiviti komuniti serta pendedahan peluang kerjaya kepada golongan belia
01:20dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
01:23Sementara itu, pengarah eksekutif NIOSH, Dato' Ayub Saleh berkata,
01:28Kampung Pacitan dipilih kerana reputasinya sebagai destinasi inap desa
01:32yang sering dikunjungi pelancong serta pekerja industri dari loji jana kuasa berhampiran.
01:38Di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani,
01:41Kerajaan menyalurkan peruntukan RM1 juta
01:43bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Kampung Pacitan.
01:47Kampung Angkat Madani,

Recommended