Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Ketua Divisyen Penyelidikan dan Penerbitan, Institut Kajian Islam dan Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Dr. Abdul Latiff Mohd Ibrahim berkata Pakatan Pertahanan Mekah yang ditandatangani Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan dijangka tidak akan menjadi sebuah kerjasama ketenteraan seperti Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelasnya, anggota pakatan negara-negara Islam ini tidak mempunyai musuh yang dianggap boleh menyebabkan rantau Asia Barat tidak stabil. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kalau buat NATO ala Asia Barat ini, siapa yang menjadi musuh sebenarnya kepada pakatan ini?
00:12Apa yang menjadi masalah kepada pakatan ini? Siapa dia?
00:16Kalau di NATO, NATO memang ia lebih kepada masih membawa fahaman lama timur-barat ataupun kalau dulu Soviet Union dengan
00:30Amerika Syarikat.
00:32Tetapi selepas kejatuhan Soviet Union, kita lihat Rusia.
00:37Jadi NATO sekarang ini lebih kepada melihat masalah dengan Rusia dan mungkin juga Cina.
00:49Tetapi dalam konteks Asia Barat ini, kalau buat juga satu pakatan ala NATO di rantau ini,
00:57adakah nak dicari satu musuh baru seperti mungkin dikreatakan Iran ataupun mana negara lain?
01:06Jadi tidak menasabahlah nak dikata ia adalah satu pakatan ala NATO untuk menghadapi satu musuh yang besar di rantau itu
01:18yang boleh menggugat keselamatan semua negara-negara di rantau Asia Barat.
01:26Sebab antara cadangan yang dibuat itu ialah untuk juga menjemput Iran untuk menyertai.
01:35pakatan ini, jadi kalau itu berlaku dan sekiranya Iran menyertai pakatan ini,
01:43jadi tidak timbul lah ada musuh lain yang nak dicari ataupun nak diserang oleh pakatan baru ini.
01:52selamat menikmati.
01:52Terima kasih.
Comments

Recommended