Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Kementerian Kewangan mengesahkan dana bagi projek jalan luar bandar di bawah KKDW telah disalurkan sepenuhnya, menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiada sebarang sekatan dikenakan terhadap peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW bagi projek jalan luar bandar.
00:08Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan MOF Tan Sri Johan Mahmud Merikan berkata, peruntukan berkenaan telah disalurkan sepenuhnya kepada Kementerian
00:19itu.
00:21Menurutnya, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berlaku susulan peruntukan bagi tahun semasa yang telah dibelanjakan hampir sepenuhnya.
00:30Beliau berkata sejak beberapa tahun lalu, KKDW telah membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang disalurkan bagi projek jalan
00:40luar bandar.
00:42Pada 2022, sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan dan jumlah sama dibelanjakan.
00:48Bagi tahun 2023, peruntukan sebanyak RM1.1 bilion diluluskan, manakala perbelanjaan mencecah RM1.8 bilion.
00:58Pada tahun 2024 pula, KKDW membelanjakan RM2 bilion berbanding peruntukan RM1.3 bilion.
01:06Manakala pada 2025, perbelanjaan mencecah RM2.3 bilion berbanding peruntukan RM1.6 bilion.
01:15Bagi tahun 2026, sebanyak RM2.1 bilion diperuntukkan dengan RM1.9 bilion telah dibelanjakan setakat ini.
01:26Johan berkata MOF sedang bekerjasama dengan KKDW bagi menangani isu berkenaan, termasuk mengatur semula peruntukan kementerian itu berdasarkan keutamaan.
01:36Setakat ini, MOF terus meluluskan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.
01:46Pada masa sama, MOF juga dalam proses mengenalpasti penjimatan daripada kementerian lain untuk membantu menampung keterlebihan komitmen KKDW.
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended