00:00Baik, seterusnya, Harimau Melayah menutup tirai kalender antarabangsa 2026 dengan nota kemenangan
00:05selepas menewaskan Yaman 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shaoqing New District Sports Center di Guangdong, China hari
00:15ini.
00:15Selepas dewas 0-2 kepada China dalam aksi persahabatan pertama Sabtu lepas,
00:20skuad kendalian Tan Cheng Ho itu tampil dengan persembahan lebih meyakinkan,
00:24terutama menerusi penguasaan bola menyeluruh sepanjang jalan perlawanan.
00:31Yaman yang berada di rangking ke-144 dunia pula terpaksa menghabiskan sebahagian besar perlawanan
00:37dengan bertahan bagi menyekat asakan Malaysia.
00:40Pemain warisan negara Richard Chin tampil menyelah apabila meledak dua gol dalam perlawanan itu
00:45bermula dengan jaringan pembukaan seawal minit ke-7.
00:49Richard pantas menyambah bola berpunca hantaran Safwan Mazlan yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Yaman
00:55Abdullah Abdul Hakim Hassan Muhammad Al-Sadi untuk mencipta gol pertamanya bersama skuad kebangsaan.
01:02Skuad negara terus mengasak menerusi beberapa percubaan berbahaya termasuk hantaran Ramadhan Saifullah,
01:07namun rembatan Enric Dos Santos berjaya diselamatkan Abdullah.
01:12Bersambung babak kedua, Harimau Malaya meneruskan dominasi permainan dengan beberapa percubaan ke arah gawang Yaman
01:18termasuk menerusi Morales pada minit ke-55 yang bagaimanapun mudah ditangkap penjaga gol lawan.
01:25Dua minit kemudian, Richard sekali lagi menghukum kesilapan Abdullah yang gagal menangkap kemas bola
01:30untuk meledak gol kedua pribadinya pada minit ke-57.
01:35Yaman merapatkan kedudukan pada minit ke-78 menerusi Rauf Mohamed Al-Sharaji
01:41namun tidak berupaya untuk mencari gol penyamaan.
01:44Sekaligus, membolehkan Harimau Malaya menamatkan aksi antarabangsa terakhir tahun ini dengan kemenangan.