Remaja mengaku salah 'sentuh' gadis 14 tahun

Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Krai pada Khamis terhadap tiga pertuduhan iaitu merogol dan melakukan kontak fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Batu Mengkebang pada 2 dan 10 November lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805301/berita/semasa/remaja-mengaku-salah-rogol-sentuh-gadis-14-tahun

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #beritasemasa #mahkamah #kesjenayah
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Magistrik Kuala Gerai pada Khamis terhadap tiga pertuduhan iaitu merogol dan melakukan kontak
00:08fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Batu Mengkebang pada 2 dan 10 November lalu.
00:16Kertuduh berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrik Rais Imran Hamid.
00:23Mahkamah bagaimanapun menetapkan 20 Januari depan sebagai tarif fakta kes dan hukuman.
00:29Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah bilik dalam rumah di RPT
00:36Batu Mengkebang jam 12.30 dan 3.30 pagi pada 2 dan 10 November lalu.
00:42Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kontak fizikal tanpa persetubuhan membabitkan mangsa dalam lokasi yang sama jam 3.30 pagi
00:51pada 10 November lalu.
00:53Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376-1 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14-D atas kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017
01:03dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
01:11Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa, Inspektor Kusyairi Fauzi dan tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kembangsaan Farazalila Fauzi.
01:21Terdahulu, Kusyairi mencadangkan jaminan RM8,000 serta memohon satu tarif bagi penyediaan laporan kimia serta fakta kes dan hukuman.
01:29Manakala Farazalila memohon jaminan minima ditawarkan memandangkan anak guamnya baru berusia 17 tahun.
01:36Tertuduh tidak bersekolah bekerja dengan membantu ibu sebagai penore getah dengan pendapatan bersama ibu RM100 seminggu.
01:43Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin selain meletapkan 20 Januari sebagai tarif penyediaan dokumen laporan kimia dan
01:53fakta kes.

Recommended