00:00Pejabat Peguam Negara AGC mengarahkan Polis Diraja Malaysia PDRM menggali semula kubur Zara Khairina Mahathir bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah belajar tingkatan satu itu.
00:13AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pihaknya meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan PDRM berhubung kes kematian Zara Khairina.
00:23Sehubungan itu, AGC berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
00:36Laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan termasuk keperluan untuk menggali semula kubur Zara Khairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah.
00:49Menurut AGC, langkah itu bertujuan memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian pelajar berkenaan.
01:00Zara Khairina, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
01:08Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi 16 Julai lepas.