00:00Bertemu semula, genjatan senjata yang dipersetujui pada 10 Oktober lalu kelihatan tidak sedikit pun mendatangkan tanda sinar buat penduduk Gaza.
00:09Ia susulan serangan udara pihak ketenteraan Israel yang terus membedil Gaza sekaligus menampakkan kedegilan dan kerakusan rejim Zionis dalam mencambul hak asasi rakyat di bumi Palestine.
00:20Menerusi laporan dikeluarkan writers, beberapa rakaman drone dari beberapa kawasan kejiranan di Gaza City memamparkan kemusnahan besar serta deretan kemar yang menempatkan penduduk Palestine yang kehilangan tempat tinggal.
00:36Sebelum ini, Israel mendakwa Hamas melakukan serangan yang dilaporkan dua anggota tentera Israel terbunuh dalam serangan berkenaan.
00:43Menggunakan alasan itu, Israel dengan kejam melancarkan serangan ke atas Gaza yang sekaligus membunuh seramai 26 orang penduduk Gaza.
00:53Namun begitu, tentera Israel pada ahad memaklumkan genjatan senjata di Gaza telah disambung semula.
00:59Selain itu, menurut Sumber Keselamatan Israel, bantuan kemanusiaan ke Gaza dijangka disambung semula, susulan tekanan daripada AS.
01:07Ini berlaku selepas Israel menghentikan sementara penghantaran bantuan sebagai tindak balas terhadap dawaan pelanggaran terang-terangan oleh Hamas terhadap perjanjian genjatan senjata.