00:00Bersua kembali, Arab Saudi menegaskan ia bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan susulan seri serangan yang dilancarkan kumpulan huti terhadap beberapa sasaran
00:11di negara berkenaan.
00:12Menteri Penerangan Arab Saudi Salman al-Dosari berkata, kehidupan harian di negara itu masih berjalan seperti biasa disebalik berlaku peningkatan
00:20ancaman keselamatan.
00:24Beliau menegaskan peningkatan tahap kesiapsiagaan tidak bermakna pihak berkuasa berada dalam keadaan cemas, sebaliknya mencerminkan kesediaan negara menghadapi pelbagai senario.
00:35Kenyataan itu dibuat ketika Ibu Negara Riyad berdepan serangan berulang yang menyasarkan lapangan terbang antarabangsa King Khalid dalam beberapa hari
00:43kebelakangan ini.
00:44Serangan tersebut memaksa operasi lapangan terbang itu digantung sementara atas faktor keselamatan.
00:50Walaupun berdepan ancaman berterusan, Kongres Petroleum Dunia tetap diteruskan di Riyad dengan penyertaan meluas daripada komuniti antarabangsa.
01:00Salman berkata Riyad ketika ini terus melalui proses transformasi pesat meliputi pembangunan infrastruktur, pengangkutan dan pelaburan.
01:08Sejak 5 Oktober lalu, 5 lapangan terbang di Arab Saudi dilaporkan menjadi sasaran dalam 10 serangan berasingan yang dilancarkan kumpulan
01:17huti.
01:17Serangan berkenaan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang, mencederakan ratusan yang lain serta menjejaskan operasi penerbangan dan kemudahan awam.